PERKHIDMATAN KAMI


Di Istisqa Enterprise, kami menawarkan perkhidmatan:


1) Kawalan Serangga Makhluk Perosak (Pest Control)

  • Nyamuk

- Semburan nyamuk (‘fogging’) adalah kaedah untuk menghapuskan nyamuk dewasa yang berterbangan pada waktu petang dan awal pagi kerana populasinya yang amat tinggi pada waktu tersebut. Semburan dilakukan di kawasan sekeliling bangunan, di dalam bangunan dan kawasan-kawasan yang disyaki berisiko untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bahan kimia ‘Abate’ akan ditaburkan di kawasan air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk bagi mencegah pembiakan permulaan jentik-jentik.

  • Tikus
- Sebelum racun digunakan, kawasan berkenaan akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengenalpasti tahap serangan tikus. Lazimnya, kaedah umpan beracun digunakan untuk tahap serangan yang rendah. Umpan ini akan diletakkan di dalam bekas khas dan akan ditukar dari semasa ke semasa bagi mengekalkan kesegaran umpan. Jika tahap serangan adalah tinggi, kaedah lain yang akan digunakan ialah debu, gel, perangkap dan gam. Antara kawasan yang berpotensi untuk menjadi kawasan pembiakan tikus ialah di dalam longkang, lubang di bangunan, lot perniagaan dan juga pasar.

  • Semut
- Pembiakan semut akan dapat dikawal dengan melakukan semburan bahan kimia di laluan semut dan sarang pembiakan seperti di rangka tingkap, pintu dan kaki dinding. Semburan ini sangat efektif untuk membantutkan pembiakan semut kerana semut mengambil masa yang lama untuk membina sarang yang baru.

  • Lipas
- Pembiakan lipas akan dapat dikawal dengan melakukan semburan bahan kimia di tempat persembunyian lipas seperti di tangga, pintu dan tandas.

  • Anai-anai
- Pembiakan anai-anai akan dapat dikawal dengan melakukan semburan bahan kimia di laluan anai-anai dan sarang pembiakan seperti di busut, bawah tangga, tempat pembuangan sisa kayu dan pangkal pokok. Selain itu, kaedah suntikan tapak juga dilakukan di bangunan yang mempunyai kesan pembiakan anai-anai yang teruk. Kaedah ini sangat berkesan untuk memusnahkan tempat pembiakan dan mengawal pembiakan anai-anai kerana ia memberi kesan yang kuat dan tahan lama.


Kami juga sedia membantu anda jika anda mengalami masalah pepijat, kelawar dan serangga perosak yang lain.



*JAMINAN 3 atau 5 TAHUN BERSERTA SURAT JAMINAN.
- MENGGUNAKAN RACUN BERKUALITI DAN MENDAPAT KELULUSAN.
- RAWATAN DIJALANKAN OLEH JURUTEKNIK KAMI YANG BERLESEN DAN BERKELAYAKAN.


2) Cucian/ Pembersihan

- Mencuci bangunan/ pejabat / rumah kediaman
- Membersih kawasan
- Mengangkat sampah


BERTINDAK SEKARANG! HANYA EMAIL: marketing.istisqa@gmail.com atau
TELEFON: 09-7655 667 KAMI, KAMI AKAN MEMBANTU ANDA DENGAN SEGERA!

No comments:

Post a Comment