Salah satu cara yang perlu dilakukan ialah merawat semula tapak bangunan. Rawatan pencegahan, pembasmian dan penghapus anai-anai dapat membunuh semua koloni anai-anai dengan mendapatkan bantuan daripada syarikat
Berbincanglah dengan mana-mana syarikat Pest Control untuk mendapatkan maklumat mengenai pencegahan anai-anai. Biasanya syarikat Pest Control atau pakar-pakar kawalan serangga dapat membantu dengan memberikan sedikit cadangan dan pandangan, apa perlu dibuat selepas membeli rumah lama.
Di Malaysia terdapat banyak syarikat yang memiliki kepakaran dalam kerja-kerja pencegahan anai-anai. Anda berhak membuat keputusan untuk memilih mana-mana syarikat kawalan serangga bagi membantu menyelesaikan masalah anai-anai yang menyerang rumah anda.
Memilih Kaedah Rawatan (Sistem Pengupanan)
Memang terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk menghapuskan semua kolono anai-anai. Salah satu daripada cara yang mudah untuk syarikat Pest Control menguruskan kerja-kerja rawatan untuk menghapuskan serangan anai-anai ialah dengan menggunakan sistem pengumpanan. Walaupun kosnya agak mahal sedikit tetapi ia memudahkan kerja-kerja pencegahan.
Apapun anda berhak untuk membuat sebarang pilihan kerana semua bajet ditangan anda. Jika anda mampu mengeluarkan sedikit kos yang tinggi anda boleh memilih sistem pengumpanan untuk rawatan pencegahan anai-anai dirumah anda.
Rawatan Tanah ( Corrective Soil Treatment)
Cara kedua yang terbaik untuk menguruskan kerja-kerja pencegahan anai-anai ialah dengan menggunakan kaedah rawatan tanah. Kaedah ini memerlukan banyak peralatan dan diantaranya ialah mesin pam untuk mengepam racun anai-anai ke dalam setiap lubang. Mesin gerudi pula diperlukan untuk mengorek atau menebuk lantai bangunan. Alat suntikan yang dipanggil injector juga diperlukan untuk menyuntik racun kedalam setiap lubang-lubang yang ditebuk.
![]() | |
| Corrective Slab Treatment | Step 1 |
![]() |
| Corrective Slab Treatment Step 2 |
![]() | ||
| Corrective Slab Treatment Step 3 |
Disarankan untuk rumah kosong (belum dihuni), rumah lelong (baru saja beli) menggunakan kaedah rawatan tanah sebagai pilihan terbaik.
Rawatan Berkala (General Pest Control)
Kaedah seterusnya ialah memilih kaedah rawatan berjadual. Kaedah ini dipanggil General Pest Control. Semburan dilakukan pada seluruh kawasan kediaman secara berkala. Kaedah yang paling murah dan menjimatkan. Tapi syaratnya kaedah ini terikat dengan penjanjian dan kontrak.
Bergantung dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh mana-mana Syarikat Pest Control. Sebagai contoh mungkin 4 kali semburan dalam satu tempoh. Kaedah rawatan pencegahan anai-anai jenis ini merangkumi keselurunhan serangga termasuklah semut, lipas, tikus dan sebagainya.
Ia bukan sekadar mengawal ani-anai sahaja, malah apa sahaja serangga perosak dihapuskan dengan satu kaedah rawatan. Apapun itu semua pilihan anda. Anda perlu berbincang dahulu dengan mana-mana syarikat kawalan serangga yang anda pilih. Semua pilihan ditangan anda dan buat keputusan dengan bijak.
Hubungi kami : http://istisqaenterprise.blogspot.com/p/hubungi-kami.html
09-7655667/019-9055145
Kelantan/Terengganu/Pahang















